MQA telah menerbitkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Pertama pada tahun 2007 yang dikuatkuasakan sepenuhnya pada 01 Januari 2011. Bagi memastikan MQF kekal relevan, unggul dan berkesan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, MQA telah melaksanakan kajian semula terhadap MQF Edisi Pertama.